13 Dec 2012

Jenis-jenis tudung ^_^

Bissmilahirrahmanirrahim.

Menutup aurat ada niatnya, ada caranya dan ada falsafah khusus buatnya. Ia dibuat atas dasar iman, cara dan pelaksanaanya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk menegakkan akhlak.

Tetapi jika memakai tudung sahaja, niat, falsafah dan tujuannya tentulah lain dan kesannya juga tentulah lain juga. Mungkin niat hendak nampak cantik. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya kini tudung telah dieksploitasi untuk "mendedahkan" kecantikkan diri sehingga terbabas melepasi batas-batas syariat.

Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut di kepala. Sekurang-kurangnya, ada empat perkara yang mesti ditutup dengan "tudung" iaitu :

  1. "Tudung" pada wajah. Jangan dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah , berhias dengan bertujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikkan untuk tatapan mata orang ramai. Kecantikkannya khusus buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.
  2. "Tudung" pada mata. Jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang dan tidak memandang. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " semua mata menangis pada hari akhirat kelak kecuali mata yang dipejamkan daripada memandang apa-apa yang diharamkan, mata yang berjaga malam dalam berjihad di jalan Allah dan air mata walau sebesar kepala lalat kerana takut akan Allah"(Riwayat al-Dailami)
  3. "Tudung" pada suara. Jangan dilunak-lunakkan suara dengan tujuan memikat dan mempersona. Allah berfirman yang bermaksud :" Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataanya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit " ( Surah al-Ahzab 33:32)
  4. "Tudung" pada hati. Hatinya yang terpaut pada mengingati Allah. InsyaAllah, apabila seorang wanita mengingati Allah, Allah akan memeliharanya daripada kejahatan yang muncul dari dalam dirinya sendiri atau daripada orang lain.



p/s : Tips tutup aurat :)
       Sebelum kita keluar rumah, cuba fikir, agak-agak Allah redha apa yang aku pakai sekarang..Selamat beramal..Renung-renungkan ada yang memahati ^__^


sumber : Majalah solusi

Kuat ye :')

Bissmillahirrahmanirrahim..Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Hari ni tiba-tiba terasa jiwa ini lemah. Ia seakan bateri telefon bimbit yang hendak habis. Hati ini perlu mengadu kepada Dia. Saya tak kuat sorang-sorang Ya Allah. masih seorang abid yang lemah. Saya perlukan Dia untuk menjadi  sumber kekuatan saya. Saya seakan hilang arah, menjadi si pasif yang hanya tahu mengalirkan air mata.




Langkah saya terasa berat. Terasa semakin jauh ditinggalkan di belakang..Nisah, kau mesti kuat!!
Ya Allah aku Redha dengan takdirMu. Aku telah berusaha tetapi aku tahu Engkau sedang merancang sesuatu yang lebih baik buatku.

Ya Allah, lemahnya diri disaat ini. Sungguh lemah. Saya seakan-akan baru tebangun dari mimpi yang panjang dengan angan-angan yang kosong. Segalanya tidak akan datang bergolak. Oleh itu, saya yang perlu bergerak untuk meneruskan hidup.

Muhasabah diri Nisah supaya hati yang kosong itu terisi. Jiwa yang lemah itu menjadi basah dan yang jauh terasa dekat. InsyaAllah

Ya Allah

Ya Allah,
Ketika hati ini menangis hanya Engkau sahaja yang mengetahiunya

Ya Allah,
Ketika mereka meninggalkan ku sendiri,
Ketika  dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku,
PadaMu tempatku menagih kasih,
Ketenangan yang ku rasa ketika mendekatiMu,

Ya Allah,
Ketika aku dalam kepayahan, dalam bersendirian dihimpit cubaan,
Kau beriku kesabaran, pengalaman mengajar erti kemantangan,
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan,
Pada mereka yang pernah melupankanku,

Ya Allah,
Ketika aku buntu,
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan,
Kau tak biarkan aku bersendirian,
Yang Maha Pengasih, rahmatmu tak terkira,
Sungguh aku berasa berdosa kerana dulu sering lalai,
Semoga penyesalanku Kau terima Ya Allah :')

18 Sept 2012

Make me strong U__U

Allah, sungguh, banyak yang perlu aku lakukan.
untuk terus thabat atas jalan ini.
pinjamkan sedikit kekuatan ya Allah. agar aku bisa bangun jika aku jatuh.
agar aku bisa tersenyum walau hatiku menangis.
redha-Mu matlamat aku. kerana syurga itu impian aku.
bantu aku dan sahabat yang lain ya Allah.

LUAHAN SEORANG MUSLIMAH

Seorang muslimah
yang tak melayan lelaki apabila ditegur, janganlah kau kata dia sombong.
Seorang muslimah
yang tiada teman lelaki, janganlah kau kata dia tak laku.
Seorang muslimah
yang tegas dalam memelihara prinsip aurat, janganlah kau kata dia kolot.
Tahukah kau wahai Adam,
Apa yang ada di sebalik sekeping hati seorang muslimah itu?
Ketahuilah,
Dia sedang berjuang,
memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu.
Dia mahukan engkau,
menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah yang hak berbanding melayani hawa nafsumu.
Betapa dia sangat takut,
andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan hak Allah.
Betapa dia sangat takut,
andai dirinya mengkhianati hak Allah dengan mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu.
Damaikanlah ombak dalam hatimu kerana ianya lumrah ujian.
Yang menjadi lubuk pahala mujahadah cintamu padaNya.
Tekadkanlah janji di hati.

p/s :  Save the best for the last ^_^